Tidak sampai 3 minit boleh selesai solat 4 rakaat. Pelik..memang pelik. Cuba anda baca Al Fateha dengan kadar pantas..mau setengah minit juga. Bercakap berdasarkan pemerhatian tidak kira di mana saja semasa menunaikan solat...fenomena ini memang sering berlaku.
Kenapa entri ini menjadi pilihan , sebab acap kali menegur Hazim & Haziq solat terlalu pantas. Hazim belum cukup umur, masih dalam latihan, tapi abang...memang kena faham. Abang tau tak, kalau abang solat cepat sangat sebenarnya abang sedang mencuri. Abang mencuri dari Allah. Allah bagi masa sehari 24 jam tapi masa menghadap Allah yang memberi kita segala-galanya pun abang nak berkira. Kalau solat cepat sangat macam tu apa yang abang baca? Dahi tu tak sempat sentuh sejadah dah Allahuakabar. Cuba perhati ayam patuk padi, macam tulah abang solat. Kalau abang contoh yang baik, adik pun akan ikut juga. Mama ni tak adil, Hazim tu tumakninah pun tak de, mama tak tegur pun dia. Itulah asam garam membesarkan anak-anak.
Cuba renungkan cerita ini; seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf dia sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir ibadahnya kuranng khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggap lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya.
Pada satu hari Isam menghadiri satu majlis seorang abid bernama Hatim, lalu bertanya" baaimanakah caranya tuan solat?'' Hatim berkata ; Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin. Isam bertanya; Badaimana berwudu' zahir dan batin itu? Jawab Hatim; wudhu' zahir seperti biasa, manakala wudhu' batin iaitu membasuh anggota dengan 7 perkara :
bertaubat
menyesali dosa-dosa yang telah dilakukan
tidak tergila-gilakan dunia
tidak mencari atau mengharapkan puji-pujian orang
tidak berbangga
meninggalkam sifat khianat dan menipu
meninggalkan sifat hasad dengki
Seterusnya Hatim berkata; Kemudian aku pergi ke masjid dan kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat, dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada dihadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut di belakangku, dan aku bayangkan aku berdiri di atas titian siratul mustakim, dan aku menganggap ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solatku faham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan penuh tawadhu', aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan penuh ikhlas. Beginilah aku solat selama 30 tahun. Menangislah Isam mengenangkan solatnya tidak sebaik solat Hatim.
Kalau tidak boleh menjadi seperti Hatim, jagalah bacaan Fateha supaya menjadi pahala bukan dosa, cubalah hayati bacaan ruku' dan sujud. Elakkan osteoporosis dengan memberikan belakang kita haknya dalam solat. Cuba rasa indahnya solat bila dahi benar-benar mendapat haknya di atas sejadah.
Yang baik dijadikan ikutan..yang salah direnung dan diperbetulkan. Semoga kita bersama-sama mendapat barakah daripadanya.