Selasa, November 24, 2009

Akhirnya tiba waktu itu....

20 November 2009

Deringan telefon 5.15 pagi..belum jawab rasanya hati telah berkata tentunya perkhabaran itu yang akan ku dengar..Kak Is embah dah pergi...Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun..Ya Allah akhirnya...Alhamdulillah berakhir hayatnya di subuh Jumaat..terlepas dari soalan Mungkar Nakir..Haji Abdullah Bin Haji Salleh semoga Allah gugurkan dosa-dosanya dengan kesabaran menghadapi sakit tuanya..semoga Allah lapangkan perkuburannya..semoga Allah terangi perkuburannya...semoga Allah ampuni dosa-dosanya..semoga Allah memberi ketenangan kepada rohnya. Wajah tuanya berseri-seri dan tersenyum setelah selesai dikafankan. Tanda hitam di bawah matanya menahan sakit di belakangnya juga hilang tetiba. Ramainya orang datang ziarah jenazahnya. Allah permudahkan urusan pengkebumiannya. Semoga ini tanda-tanda kebesaran Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Semasa hayatnya apabila ada kematian dialah orang yang menyegerakan pengurusan jenazah.. dan untuk dia juga Allah permudahkan urusan pengkebumiannya. Seawal jam 8.00 pagi jenazah telah siap dikafankan.

Sesungguhnya gelaran ustazah yang ku pegang ini adalah inspirasi dari datukku ini..Akulah cucu kesayangan yang apa-apa pun dia nak Faris..kenangan terindah bersamanya akan abadi dalam lipatan hidup ini..Ya Allah Kau cucurilah rahmat ke atas rohnya atas kebaikan-kebaikan yang dilakukan semasa hayatnya..ke atas lidahnya yang tidak putus-putus berzikir kepada Mu...Ke atas ilmu-ilmu Islami yang diajarkan kepada anak-anak muridnya Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.


24 November 2009

SMS-SMS dari Zafira, Atiqa membuatkan hati yang cuba ditenangkan bertambah-tambah dup-dap, dup-dap. Tidur malam terjaga terus teringat wajah-wajah itu satu-persatu. Dalam hati benarkah aku telah menunaikan tanggungjawab dengan sebenar-benarnya? Bolehkah mereka mengikut rentak? Bolehkah mereka mengingati pesanan-pesanan? Betulkah tips-tips yang aku berikan? Bersediakah mereka ? Bagaimana andainya mereka tidak memahami persoalan. Bagaimana andainya persoalan tidak pernah di perbincangkan. Oh tidak..! Ya Allah Rabbi Yassir Wa La Tuassir. Calon tahun ni terlalu percaya kepada cikgunya ini..kalau itu yang kita cakap itu ajelah yang dibacanya. Pesanan-pesanan yang lain tidak dihiraunya. Sampai-sampai je tadi Yen Peng kata "cikgu, saya baca yang cikgu kata mungkin keluar je". Yen ..kau dah menambahkan sesak jiwa saya walau wajah cuba ditunjukkan secool yang mungkin.

Jam 10.45 pagi dah tunggu bebudak tu study. Bagi sokongan moral. Bila sampai waktu melihat mereka masuk ke bilik peperiksaan ku perhati dari pejabat...rasa menitik air mata..sayu..Ya Allah kau permudahkanlah kepada mereka. Penantian 3 jam yang amat membosankan kupenuhi dengan selawat.. kusedekahkan pahalanya supaya mereka dipermudahkan menjawab. Berkatilah usaha mereka Ya Allah..

Jam 5.15 petang..baru mereka turun..Azam, pyaralin kalau boleh nak lari..Syed tenang macam selalu. Harap-harap tak salah jawab mcm masa trial. Orang tanya lain dia jawab lain..tapi yang lain semua sibuk , cikgu-cikgu yang kita target keluar. Alhamdulillah at least 3 soalan yang betul-betul dah buat masa latih tubi tu ada. 2 soalan lain tu boleh goreng, sebab isi dah pernah bincang. Anak cina si Yen Peng sibuk kata best cikgu tiga soalan saya jwab panjang-panjang tak pernah dibuat kan cikgu. Dia ni sekali je lulus ujian. Itu yang excited sangat. Rugi bukan saya yang tanda Yen. Tak dapat rasa air tangan saya yang ajar. Phua memang cool. Dia ni tak merisaukan jenis OK. Atiqa, Nani, Zafira confident. Masin mulut cikgu kata tahun ni soalan senang, ucap Zafira dengan senyumnya. Yang lain-Ain,Yam, Mas, Sue, Qayyimah,Sofea-bolehlah cikgu Insyaallah. Tunggu keputusan yea cikgu, kata Yam dengan selambanya seperti biasa. Saya nak A, bukan lulus tau. Soalan sebijik-sebijik dah buat masa latih tubi.