Jumaat, Ogos 28, 2009

SEPI BUKAN MENGUNDUR DIRI..

Salam Ramadan. Salam 1 Malaysia.

Kalau ikut rasa hati memang la sangat-sangat teruja nak up-date blog ni. Bukan salah ibu mengandung tapi kerana coverage Maxis kawasan ni selalu terganggu membuatkan rasa kebengangan yang meluap-luap. Terganggu tu satu hal. Slow dia tak boleh nak kata, menguji kesabaran dan keimanan. Sementelah suami memang sehari-hari kerja bergantung dengan internet and belum lagi tunggu dia habis mengkaji politik semasa dan semua berita sukan di semua akhbar yang terdapat dalam internet ni... He is the boss, komputer cuma satu, so tunggu.. tunggu..tunggu.. sudahnya bosan...dan berlalu masa.. hari berganti bulan dengan desakan-desakan. Hari ini suami tukar Maxis dengan Celcom barulah laju sikit itu pun kena duduk tepi tingkap baru laju . Itu yang susah jadi orang sungai ni...

So ceritanya,
Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menepati kesabaran. Surah Al ashr. Ayat yang pendek dan mantap dengan pengajaran. Merenungi hari-hari yang berlalu pergi di manakah aku? Orang yang kerugian... orang yang beramal soleh....? Orang yang saling nasihat-menasihati ke arah kebenaran...? menasihati istiqamah dalam kebenaran, melaksanakkan apa yang disyariatkan dan menjauhi apa yang dilarang. Orang yang bersabar ....? iatu kesabaran dalam menahan diri dari berbuat maksiat kepada Allah, kesabaran dalam menjalani kewajibannya dan kesabaran dalam menghadapi apa jua takdirNya. Sabar menjalankan amal makruf nahi mungkar...Masyaallah.

Tepuk dada tanya iman. Sebenarnya dalam melayari Ramadan Mubarak ini watawa saubil haq watawa saubissobr ini sentiasa berperang di jiwa. Terngiang-ngiang rasa telinga. Cerita ini Biarlah Rahsia. Memang benar menegakkan kebenaran itu satu perjuangan yang menyakitkan. Usaha untuk membantu menemui jalan buntu sudahnya kesilapan seperti dipihak aku yang sibuk mencampuri urusan orang. Ku pasrah pada Mu Ilahi....tunjukkanlah padanya jalan kebenaran. Jalan orang yang Engkau Redai. Sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa membalik-balikkan hati. Balikkanlah hatinya ke arah kebenaran Ya Allah . Berjayakanlah dirinya sebagai pelajar cemerlang. Amin....

Esok , lusa... ulang tahun kemerdekaan. Esok , lusa - ogos berlalu pergi. Berlalu Ogos, September tiba lagi....yup ..ini bulan terakhir anak-anak didik berjuang dengan sisa-sisa masa yang ada. Debarnya...masih banyak lagi yang perlu dipersiapkan dalam diri mereka. Cabaran pertama pastinya menanti jawapan soalan percubaan mereka. Sebelum cuti, pinjam Nadia buku Nik NurMadihah. Helai demi helai novel itu memberi seribu pengertian, pengajaran dan dapat menginsafi diri betapa kecil dan kerdilnya diri. Betapa Allah memberikan nikmat kehidupan yang banyak pada diri ini. Betapa bertuahnya badan dengan nikmat-nikmat Allah tetapi aku tidak sesyukur Madiha. Garapan penulisnya menyelusuri hidup Nik Nur Madiha memberi kesan hingga menitis air mata. Kalaulah anak-anak didik ku setulus, seikhlas, secekal, setabah dan lain-lain tentang Madiha, tentunya hari-hari seorang guru sentiasa dalam ketenangan bukan igauan dengan headcount yang mengerikan.

Walau dalam cuti hati dan akal sentiasa bermain memikirkan macam mana nak bagi si Halus(ada harapan lulus ) lulus, macam mana nak bagi si tengah A. Dan yang penting macam mana nak pujuk supaya bebudak Garuk (gagal teruk ) cuba menulis dan menjawab. Bukan dapat kertas salin pembayang jawapan (itu je kejayaan gurunya ini sepanjang tahun ini. Sebelum ni salin je soalan tapi sekarang dah pandai buat pembayang jawapan lepas tu tinggalkan tempat kosong) ..letak pen. Mereka ini yang memberi kesan kepada peratusan lulus sekolah. Kekadang rasa sangat-sangat kasihan kepada mereka. Macam mana nak tolong mereka. Contoh untuk renungan bukan menghina ditanya maksud musafir memang dah agak tak tau, jadi provok la jawapan ; seseorang yang dalam perjalanan melebihi.. tak dan habiskan ayat sambungannya ; "ha..tau dah melebihi had laju . " Rasa lemah lutut dengar. Kekadang rasa macam nak buat kajian tindakan kenapa mereka masih tidak mampu menguasai 3M. Salah siapa di sini ? Sekolah? Ibu bapa? Diri Sendiri? Mana masanya nak mula kajian ni ye..? Itu yang berkobar-kobar nak buat master tu. Malangnya mereka ni, sekolah dah berbelas tahun tapi... hanya mampu setakat membaca , untuk menulis dan menjana minda menjawab soalan..Allahu Akbar!

Saban tahun murid seperti ini bertambah bilangannya. Bagaimana mereka apabila keluar dalam masyarakat selepas sekolah nanti. Kelas pertengahan pula, mampu menjana minda tetapi tidak rajin dikembangkan dek malasnya membaca buku. Kelas elit pula, 2% perasan dah bijak sangat maka malas ulangkaji tajuk-tajuk lama. Yang lain insyaallah mudah-mudahan Allah SWT memberkati kalian dan dapat 8A. Amin.

1 ulasan:

Khairul berkata...

Punyalah tunggu cg update, sampai termimpi2 mlm tadi... Rupanya petanda mmg dah update.. Hehehe.. Salam Ramadhan Al-Mubarak.. Banyakkan sabar dalam mendidik anak bangsa ye cg.. Yg menolak tu, biarkan lah.. Mungkin ada hikmahnya nanti.. Perjuangan sebenar mesti diteruskan.. Kuatkan semangat cg!