Selasa, November 24, 2009

Akhirnya tiba waktu itu....

20 November 2009

Deringan telefon 5.15 pagi..belum jawab rasanya hati telah berkata tentunya perkhabaran itu yang akan ku dengar..Kak Is embah dah pergi...Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun..Ya Allah akhirnya...Alhamdulillah berakhir hayatnya di subuh Jumaat..terlepas dari soalan Mungkar Nakir..Haji Abdullah Bin Haji Salleh semoga Allah gugurkan dosa-dosanya dengan kesabaran menghadapi sakit tuanya..semoga Allah lapangkan perkuburannya..semoga Allah terangi perkuburannya...semoga Allah ampuni dosa-dosanya..semoga Allah memberi ketenangan kepada rohnya. Wajah tuanya berseri-seri dan tersenyum setelah selesai dikafankan. Tanda hitam di bawah matanya menahan sakit di belakangnya juga hilang tetiba. Ramainya orang datang ziarah jenazahnya. Allah permudahkan urusan pengkebumiannya. Semoga ini tanda-tanda kebesaran Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Semasa hayatnya apabila ada kematian dialah orang yang menyegerakan pengurusan jenazah.. dan untuk dia juga Allah permudahkan urusan pengkebumiannya. Seawal jam 8.00 pagi jenazah telah siap dikafankan.

Sesungguhnya gelaran ustazah yang ku pegang ini adalah inspirasi dari datukku ini..Akulah cucu kesayangan yang apa-apa pun dia nak Faris..kenangan terindah bersamanya akan abadi dalam lipatan hidup ini..Ya Allah Kau cucurilah rahmat ke atas rohnya atas kebaikan-kebaikan yang dilakukan semasa hayatnya..ke atas lidahnya yang tidak putus-putus berzikir kepada Mu...Ke atas ilmu-ilmu Islami yang diajarkan kepada anak-anak muridnya Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.


24 November 2009

SMS-SMS dari Zafira, Atiqa membuatkan hati yang cuba ditenangkan bertambah-tambah dup-dap, dup-dap. Tidur malam terjaga terus teringat wajah-wajah itu satu-persatu. Dalam hati benarkah aku telah menunaikan tanggungjawab dengan sebenar-benarnya? Bolehkah mereka mengikut rentak? Bolehkah mereka mengingati pesanan-pesanan? Betulkah tips-tips yang aku berikan? Bersediakah mereka ? Bagaimana andainya mereka tidak memahami persoalan. Bagaimana andainya persoalan tidak pernah di perbincangkan. Oh tidak..! Ya Allah Rabbi Yassir Wa La Tuassir. Calon tahun ni terlalu percaya kepada cikgunya ini..kalau itu yang kita cakap itu ajelah yang dibacanya. Pesanan-pesanan yang lain tidak dihiraunya. Sampai-sampai je tadi Yen Peng kata "cikgu, saya baca yang cikgu kata mungkin keluar je". Yen ..kau dah menambahkan sesak jiwa saya walau wajah cuba ditunjukkan secool yang mungkin.

Jam 10.45 pagi dah tunggu bebudak tu study. Bagi sokongan moral. Bila sampai waktu melihat mereka masuk ke bilik peperiksaan ku perhati dari pejabat...rasa menitik air mata..sayu..Ya Allah kau permudahkanlah kepada mereka. Penantian 3 jam yang amat membosankan kupenuhi dengan selawat.. kusedekahkan pahalanya supaya mereka dipermudahkan menjawab. Berkatilah usaha mereka Ya Allah..

Jam 5.15 petang..baru mereka turun..Azam, pyaralin kalau boleh nak lari..Syed tenang macam selalu. Harap-harap tak salah jawab mcm masa trial. Orang tanya lain dia jawab lain..tapi yang lain semua sibuk , cikgu-cikgu yang kita target keluar. Alhamdulillah at least 3 soalan yang betul-betul dah buat masa latih tubi tu ada. 2 soalan lain tu boleh goreng, sebab isi dah pernah bincang. Anak cina si Yen Peng sibuk kata best cikgu tiga soalan saya jwab panjang-panjang tak pernah dibuat kan cikgu. Dia ni sekali je lulus ujian. Itu yang excited sangat. Rugi bukan saya yang tanda Yen. Tak dapat rasa air tangan saya yang ajar. Phua memang cool. Dia ni tak merisaukan jenis OK. Atiqa, Nani, Zafira confident. Masin mulut cikgu kata tahun ni soalan senang, ucap Zafira dengan senyumnya. Yang lain-Ain,Yam, Mas, Sue, Qayyimah,Sofea-bolehlah cikgu Insyaallah. Tunggu keputusan yea cikgu, kata Yam dengan selambanya seperti biasa. Saya nak A, bukan lulus tau. Soalan sebijik-sebijik dah buat masa latih tubi.



Sabtu, Oktober 24, 2009

Detik sejarah dalam hidup

Semoga Allah memberkati rumah tangga kami hingga akhir hayat
Adat...untuk tidak mengecilkan hati orang tua

Rabu, September 16, 2009

Sebelas tahun yang lalu

16 September 2009

Kemudahan pinjaman komputer kepada pelajar tajaan MARA merupakan satu nikmat kepada siswa-siswi. Ini cerita 1990-an. Dan aku sebagai salah seorang pelajar MARA tidak melepaskan peluang keemasan ini. Namun pada aku ini merupakan satu nikmat tuhan yang bukan saja dapat komputer tapi .... inilah detik pertama bertentang mata dengan jejaka teman hidup ku kini.


Bermula dengan bantuan membuat cortation hinggalah kerja-kerja membaiki komputer yang selalu meragam, akhirnya membawa kepada satu ikatan. Lama juga jual mahal, sebab budak Akademi Islam biasanya taste teman hidup budak AI juga. Namun takdir Allah berkat kesungguhan jejaka ini, akhirnya...termeterailah janji setia dengan ikatan sebuah perkahwinan pada tanggal 16 September 1998 dan hari ini sebelas tahun telah berlalu..Alhamdulillah kami melayari bahtera perkahwinan dengan tiga anak kapal, permata hati..hasil gabungan dua nama- Wan Fareez Haziq, Wan Fareez Hazim dan Wan Fareez Hafiy.


Jumaat, Ogos 28, 2009

SEPI BUKAN MENGUNDUR DIRI..

Salam Ramadan. Salam 1 Malaysia.

Kalau ikut rasa hati memang la sangat-sangat teruja nak up-date blog ni. Bukan salah ibu mengandung tapi kerana coverage Maxis kawasan ni selalu terganggu membuatkan rasa kebengangan yang meluap-luap. Terganggu tu satu hal. Slow dia tak boleh nak kata, menguji kesabaran dan keimanan. Sementelah suami memang sehari-hari kerja bergantung dengan internet and belum lagi tunggu dia habis mengkaji politik semasa dan semua berita sukan di semua akhbar yang terdapat dalam internet ni... He is the boss, komputer cuma satu, so tunggu.. tunggu..tunggu.. sudahnya bosan...dan berlalu masa.. hari berganti bulan dengan desakan-desakan. Hari ini suami tukar Maxis dengan Celcom barulah laju sikit itu pun kena duduk tepi tingkap baru laju . Itu yang susah jadi orang sungai ni...

So ceritanya,
Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menepati kesabaran. Surah Al ashr. Ayat yang pendek dan mantap dengan pengajaran. Merenungi hari-hari yang berlalu pergi di manakah aku? Orang yang kerugian... orang yang beramal soleh....? Orang yang saling nasihat-menasihati ke arah kebenaran...? menasihati istiqamah dalam kebenaran, melaksanakkan apa yang disyariatkan dan menjauhi apa yang dilarang. Orang yang bersabar ....? iatu kesabaran dalam menahan diri dari berbuat maksiat kepada Allah, kesabaran dalam menjalani kewajibannya dan kesabaran dalam menghadapi apa jua takdirNya. Sabar menjalankan amal makruf nahi mungkar...Masyaallah.

Tepuk dada tanya iman. Sebenarnya dalam melayari Ramadan Mubarak ini watawa saubil haq watawa saubissobr ini sentiasa berperang di jiwa. Terngiang-ngiang rasa telinga. Cerita ini Biarlah Rahsia. Memang benar menegakkan kebenaran itu satu perjuangan yang menyakitkan. Usaha untuk membantu menemui jalan buntu sudahnya kesilapan seperti dipihak aku yang sibuk mencampuri urusan orang. Ku pasrah pada Mu Ilahi....tunjukkanlah padanya jalan kebenaran. Jalan orang yang Engkau Redai. Sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa membalik-balikkan hati. Balikkanlah hatinya ke arah kebenaran Ya Allah . Berjayakanlah dirinya sebagai pelajar cemerlang. Amin....

Esok , lusa... ulang tahun kemerdekaan. Esok , lusa - ogos berlalu pergi. Berlalu Ogos, September tiba lagi....yup ..ini bulan terakhir anak-anak didik berjuang dengan sisa-sisa masa yang ada. Debarnya...masih banyak lagi yang perlu dipersiapkan dalam diri mereka. Cabaran pertama pastinya menanti jawapan soalan percubaan mereka. Sebelum cuti, pinjam Nadia buku Nik NurMadihah. Helai demi helai novel itu memberi seribu pengertian, pengajaran dan dapat menginsafi diri betapa kecil dan kerdilnya diri. Betapa Allah memberikan nikmat kehidupan yang banyak pada diri ini. Betapa bertuahnya badan dengan nikmat-nikmat Allah tetapi aku tidak sesyukur Madiha. Garapan penulisnya menyelusuri hidup Nik Nur Madiha memberi kesan hingga menitis air mata. Kalaulah anak-anak didik ku setulus, seikhlas, secekal, setabah dan lain-lain tentang Madiha, tentunya hari-hari seorang guru sentiasa dalam ketenangan bukan igauan dengan headcount yang mengerikan.

Walau dalam cuti hati dan akal sentiasa bermain memikirkan macam mana nak bagi si Halus(ada harapan lulus ) lulus, macam mana nak bagi si tengah A. Dan yang penting macam mana nak pujuk supaya bebudak Garuk (gagal teruk ) cuba menulis dan menjawab. Bukan dapat kertas salin pembayang jawapan (itu je kejayaan gurunya ini sepanjang tahun ini. Sebelum ni salin je soalan tapi sekarang dah pandai buat pembayang jawapan lepas tu tinggalkan tempat kosong) ..letak pen. Mereka ini yang memberi kesan kepada peratusan lulus sekolah. Kekadang rasa sangat-sangat kasihan kepada mereka. Macam mana nak tolong mereka. Contoh untuk renungan bukan menghina ditanya maksud musafir memang dah agak tak tau, jadi provok la jawapan ; seseorang yang dalam perjalanan melebihi.. tak dan habiskan ayat sambungannya ; "ha..tau dah melebihi had laju . " Rasa lemah lutut dengar. Kekadang rasa macam nak buat kajian tindakan kenapa mereka masih tidak mampu menguasai 3M. Salah siapa di sini ? Sekolah? Ibu bapa? Diri Sendiri? Mana masanya nak mula kajian ni ye..? Itu yang berkobar-kobar nak buat master tu. Malangnya mereka ni, sekolah dah berbelas tahun tapi... hanya mampu setakat membaca , untuk menulis dan menjana minda menjawab soalan..Allahu Akbar!

Saban tahun murid seperti ini bertambah bilangannya. Bagaimana mereka apabila keluar dalam masyarakat selepas sekolah nanti. Kelas pertengahan pula, mampu menjana minda tetapi tidak rajin dikembangkan dek malasnya membaca buku. Kelas elit pula, 2% perasan dah bijak sangat maka malas ulangkaji tajuk-tajuk lama. Yang lain insyaallah mudah-mudahan Allah SWT memberkati kalian dan dapat 8A. Amin.

Khamis, Julai 09, 2009

REZEKI DARI ALLAH..

Ceritanya.... Trademark 2009 kot. Dah jadi ikutan dah.. belum sebut budak-budak dah sebut dulu.

Di kala isu menjadi perbualan dalam kalangan teman-teman, rasanya aku yang paling cool banyak mendengar dari menyampuk setuju ke.. Tidak setuju ke... Dok diam-diam je. Diorang ni lebih faham isu ni. Kalau isu menjadi tajuk akhbar dan masuk berita atau ada ulasan dari KPM, suami yang tanya itu dan ini. Kalau isu menjadi pertanyaan teman-teman yang jauh melalui SMS ada yang terjawab ada yang tidak sebab malas nak layan.. Bukannya apa hanya berpegang pd prinsip kalau ada rezeki Allah tak ke mana.

Dan... Persoalan-persoalan ini terjawab sudah. Panggilan dari PK1 beberapa kali ingatkan nak tanya Program Gemilang Permata Hati KRK tapi masa tu sedang bagi taklimat pada 5RK so tengok-tengok ada 3 missed call. Dengan senyumnya yang pada petang itu kukirakan semanis gadis 17 tahun PK1 hulur surat.. Alamak suspensnya. On the way nak masuk bilik dia tadi Biah, Kak Zah, Kak Rus dah ucap tahniah dah.. Walau hati dah berbunga dalam debar, kata nak dapat APC dapat dah 2006, dapat tukar ke bila masa pulak ada hati nak pindah? Apapun orang mengata pasal SKI pada aku ok je, dapat sambung belajar ke, borang pun tak isi lagi .. Iyalah kalau dah ucap tahniah tu mestilah benda baikkan. Helaian 1 baca masih kurang faham, baca helaian 2 ... .... Alhamdulillah akhirnya rezeki kalau Allah nak bagi... Tawaran memangku DG44 sebagai guru tingkatan 6. Tapi... Entahlah di mana silapnya diberi subjek Pengajian Am. Sedangkan selama 4 tahun dari 2005 subjek yg aku ajar Sejarah 1. Pening-pening. So, dalam gembira ada terbit dilema di situ.

Orang pertama nak bg tau mestilah suami. Punyalah excited dia kata tak yah masak petang ni abang belanja makan. Walau satu respon yang sangat baik dikala banyak kerja, tak yah masak memang sangat-sangat menarik tapi tak selesai masalah. Kegembiraan buah hati ku ini menjadi satu beban. Persoalannya nak kata sekarang ni dah terror sangat tu idak le tapi aku dah boleh mengajar sej penuh confident mcm Pend.Islam nak dibandingkan dengan mula-mula mengajar sej 1 dulu - Sama-sama belajar dengan budak. Nak masuk kelas, malam sibuk study 3-4 buku. Mcm bahan experimen je budak-budak tu. Bukan senang nak dapat skills 4 tahun mengajar ni. Alih-alih dapat subjek lain. Pengajian Am pulak tu..banyak benda nak kena belajar. He...ngerinya.

Cikgu Hanafi yang dah major P.AM tak dapat pulak. Pelik-pelik. Cikgu yang mengajar sejarah satu sem saja, masa isi borang dapat Sej pulak. Lagi lah pelik. Komen banyak sangat pun takut tapi sendiri fikirlah di mana silapnya. Nak tolak rezeki tak baik tapi nk terima.... Nak dapat pengetahuan mcm cikgu Hanafi, dia kata nak dpt skill tu 2 tahun juga. Aku memang maklum tu. Aku pun rasa benda yang sama. Beza ngajar P.Islam memang dah major. Tahun pertama mengajar P.Islam di Subang Jaya dulu budak 3 Akur pun 15 orang A. Biasalah cikgu baru dapat kelas antara yang hujung. Itu antara memori terindah dalam lipatan sejarahku.. Lepas tu tahun depannya dapat 2 kelas depan. Ada kawan cemburu... Rahsia tau, cerita lama he..he. Fikir kemudian la yang ni. Kalaula mengajar itu semudah buat kek bila try buat jadi je dah boleh buka kedai kek. Tapi ini melibatkan masa depan pelajar. Kalau cikgu tak bagus boleh menjejaskan prestasi pelajar. Sebab masa aku sekolah dulu pun gitu juga. Kalau cikgunya best subjek susah pun rasa happy nak belajar. Aku ni best ke? Hanya " mereka " yang tau jawapannya. Harap-harap memenuhi kriteria la. Hari-hari yang mendatang akan aku cuba perbaiki pestasi diri. Dahla tu.

Fikirkan esok ada banyak benda nak buat ni. Harinya telah menjelang tiba... Teratak Hijjaz terimalah kehadiran kami dengan baik. Entry blog ni sebenarnya nak melupakan sekejap kebengangan inbois yang dihantar En Mazlan TH . Punyalah jauh datang berbincang sampai dua kali datang perbincangan sudahnya janji lain inbois lain. Ya Allah permudahkanlah jalan perbincangan harga dengan dia esok. Budget dah ngam-ngam ikut perbincangan. Sabar.. Mesti ada jalan penyelesaian. Rabbi Yassir WaLA Tuassir. Amin..~