Beliau pernah mengatakan bahawa suami beliau mahu membina sebuah portal untuknya.. Tetapi bagi saya, pengurusan sebuah portal yang agak rumit jika dilakukan tanpa pengalaman yang cukup, akan menyebabkan perjalanan portal menjadi kurang teratur ditambah lagi dengan kesibukan Puan Salimah sebagai seorang pendidik.. Oleh itu, saya membina blog ini untuk beliau bagi membolehkan beliau menimba pengalaman sebanyak mungkin dalam menguruskan sebuah medan jurnal yang ringkas sebelum beralih kepada pengurusan sebuah portal..
Pembaca yang dihormati, Puan Salimah Farisah merupakan guru saya semenjak saya di bangku sekolah lagi. Awalnya, saya tidak sedikit pun mengenali guru sejarah saya ini.. Seperti biasa, persepsi saya terhadap beliau agak kurang menyenangkan. Sombong dan garang.. Namun akhirnya persepsi saya berubah sepenuhnya apabila beliau mula mengajar saya sewaktu saya menuntut di tingkatan 6 atas. Beliau merupakan seorang pendidik yang lembut, mengambil berat dan sangat berjiwa keibuan.. Jauh berbeza dari raut wajahnya, beliau juga seorang yang sangat ramah terhadap pelajar-pelajarnya, mementingkan keperibadian, dan selalu memberikan kata nasihat untuk kemajuan para pelajar...
Kini, diharapkan dengan pembinaan blog ini, beliau mampu mencoretkan jurnal beliau sebagai seorang guru, buat tatapan anak-anak didik beliau pada masa-masa akan datang.. Sesungguhnya seorang guru selamanya akan dikenang dan disayang... Dengan ini, saya menyerahkan blog ini, untuk dimiliki oleh beliau sendiri..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan