Sabtu, Jun 27, 2009

POST SULUNG

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....... Kalimah suci Allah pembuka kata. Syahdu.. Terharu.. Syukur Alhamdulillah, rasa bangga, gembira teradun menjadi satu rasa apabila mendapat penghargaan sebegini rupa dari anak didik seorang ini. Masa di sekolah dulu memang selalu kena dengan cikgu sejarah merangkap ustazahnya ni...

4 Julai hampir seminggu berlalu.. Huh..... Akhirnya bersambung juga selepas desakan demi desakan akhirnya bersambung juga bicara. Sorila... Kim sebab tunggu terlalu lama untuk di updatekan. Bukan tidak menghargai cuma mencari masa terluang... Apa-apa pun alasannya ia masih alasan so tidaklah perlu beralasan asalkan empunya diri mempunyai alasan tersendiri untuk beralasan. Titik. Yang pasti hadiah blog ini akan menjadi medium ukhuwah kepada semua anak-anak didik, teman-teman dan semua yang mengenali diri ini. Semoga Allah memberkati hari-hari yang mendatang kepada insan ini.

So.. Ceritanya, di hati guru ini sebenarnya masih berbunga-bunga BUKAN SAJA sebab dapat blog ini tetapi kerana merasa puas mengajar melahirkan anak-anak didik yang prihatin, yang kasih, hormat, sayang dan apa-apa lah lagi yang sewaktu dengannya. Selepas 35 tahun hidup di bumi Allah ini buat pertama kalinya besday 1st July disambut 3 kali. Masyaallah rezeki Allah nak bagi. Yg pertama tentulah dengan my belove hubby dan 3 heroes tu.. Yang ni privacy story. 2nd July dgn anak-anak 3RK pulak buat surprise dengan gabungan untuk mama Rosz sekali.. Terharunya dengan susah payah korang dan yang kesiannya diorang ni dah dera ibu-ibu yang sangat-sangat sporting masak nasi goreng, mihun goreng panas-panas lg tu, hantar kek dari Kedai Kek Mawar dan banyak lagi lah kerja-kerja nak buat majlis ni, siap jemput cikgu-cikgu lain lg. (Mintak maaf ya akak-akak mintak kasih sayang diorang sikit).

Kerjasama satu pasukan memang respect betul. Apa yg rasa bangga tu eh bangga ke..? Tapi sebenarnya 15 min sebelum surprise ni diorang baru kena bambu cukup-cukup. As KRK students mereka memikul tanggungjawab yang berat bukan saja cemerlang akademik tetapi juga sahsiah. So, as penyelaras KRK merangkap ummi (title baru diberi oleh 3RK) adalah menjadi tanggungjawab ummi ini menegur mana yang perlu. Amar makruf Nahi Mungkar mesti dilaksanakan. Intisarinya tentulah ada yang terasa dengan kata-kata pedas dari mulut laser ni.. Bagaimanapun mereka sangat profesional boleh menerima teguran dan pagi Jumaat tadi selesai bacaan Yasin 3RK dan 3BA ada anak yang insaf dan berjanji membaiki diri. Mudah-mudahan Allah menurunkan nur hidayah kepadanya. Selagi ummi jaga u all, pantang nenek moyang bercinta-cinta masa belajar. Kalau bijak pilih pasangan kita., takpe lah jugak ini tidak.. Pilih budak tak nak belajar, disiplin kurang dan banyak lagi yang tak dapat diterima akal. Kalau boleh takyah lah bercouple. Bukan dapat pahala tambah dosa iya. Pilih pasangan perlu ikut sunnah Nabi. Lagi satu aurat kena jaga. Cukupla khutbah pagi sabtu ni.

Sambung cerita lagi. Sambutan yang ke 3 pulak, geng Hakim la - Sam dan Botak + Nani, Faizah dan Icha. Beriya paksa nak bagi datng rumah. Nasib baik En Mazlan tak reply call so boleh layanla. Malu jugak dengan dia orang ni sebab rumah dalam keadaan tak ready nak sambut tetamu. Oleh kerana balik sekolah pun 4.15 petang, jawabnya nasi lauk sayur beneng yang dijanjikan hari tu tak sempatla nak buat dan cari bahan. Apalagi menu segera waktu kritikal begini tentunya mi goreng. Kalau lidah u all rasa sedap ummi masak, kalau tak sedap apalagi Sam la yg masak. Dalam hati melihat kesungguhan diaorang nak sambut besday ni rasa ya Allah tak terucap dengan kata-kata. Pedih juga mata, tahan air mata, sebak rasa dada. Terima kasih semua kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

1 ulasan:

Khairul berkata...

Mi hari tu sedap boleh tahan lah.. HAHAHA.. Sebab ada air tangan Sam tu yg jadi masin sikit.. :P Apa pun, selamat berblogging cikgu!~