Selasa, Julai 07, 2009

PROGRAM GEMILANG PERMATA HATI KRK

Dalam debar menghitung hari Program Gemilang Permata Hati KRK di Teratak Hijjaz.. Bukan apa ini merupakan projek yang memakan kos tinggi dari program lain. Siap solat hajat lagi minta Allah lancarkan program ini. Buat julung kalinya prgram ini dirancang luar dari sekolah dan berprogram bersama ibu bapa. Dulu-dulu bawa anak-anak je tapi kali ni dengan ibubapa sekali.Itulah yang mengerikan.. Takut tak sampai matlamat @ ada ibubapa yang tidak puas hati @ penceramah tidak menepati citarasa dan kehendak @ ibubapa sesat tidak dapat cari tempat lepas tu marah-marah @ sebarang kemungkinan yang ngeri difikirkan. Ya Allah Kau permudahkanlah kerja hambaMu ini. Sekiranya program ini berjaya tahun depan boleh buat lagi tapi kalau ada sebarang kecacatan lepas tu pengetua marah lepas tu.... Minta dijauhkan Allah, ngeri difikirkan.

Maka atas tangggungjawab inilah boleh terjaga dari tidur tadi. Buat surat jemputan kepada pentadbir, check list kerja-kerja yang perlu dilakukan, fikir barang keperluan di sana dan banyak lagi. Lebih rasa beban ni lagi apabila mak Ayuni call kerana risaukan anaknya di sana nanti. Dia sedih sebab tidak dapat bersama kerana pada masa yanng sama ada kursus juga. Akak cuma nak tanya Ustazah ada di sanakan.. Kalau ustazah ada akak tak risaulah. Akak percaya ustazah, cuma kesian Ayuni.. Sebab masa program mentor-mentee dulu dah tengok anak orang lain yang mak bapaknya tak de. Alamak rasa 10 kilo beban terasa di hati dengar keprihatinan ibu ini. Nyesal pulak buat jauh-jauh.. Tapi takkanlah hidup tiada kemajuan. Ya tak? Betulla tu.. Dari sudut lain panggilan ibu ini sebenarnya memberi kekuatan untuk merancang program-program yang bermanfaaat untuk anak-anak RK di masa depan.

Dari kata-katanya menunjukkan program mentor-mentee itu memang berjaya. Walaupun telah menilai sendiri bhw projek itu berjaya walau ada cerita sedih selepasnya tetapi prgrm tu boleh diberi 5 bintang. Perasan. Biarlah ditimpa perasaan pun sebab memang layak pun. Iyalah kalau dah boleh buat anak menangis, ibu menangis, cikgu menangis, Puan Amiah pun nangis tu dah hebat... Itu kerja Wazir dan cikgu Mazidah la dulu. Harap-harap kerjasama dengan cikgu Mazidah dan Wazir kali ni juga akan membuahkan hasil yang manis untuk dikenang dan memberi manfaat kepada semua yang terlibat. Tengok dah pukul 3.. Kalau dah anak murid siap edit blog cikgu memang kes memalukan dan tercabar ni... Atas perasaan inilah akhirnya catatan ini sampai ke penghujung.... Hakim..

1 ulasan:

Khairul berkata...

Semoga berjaya cikgu... Sy doakan semuanya berjalan lancar.. Tercapai matlamat dan terlihat hasilnya nanti, InsyaAllah..